Tuesday, March 17, 2009

Simpanan untuk Hari Selepas MATI

Sudah agak lama aku tidak berbicara bisu di sini...
Sibuk dengan pelbagai agenda yang menjauhkan aku kepada tanggungjawab menyebarkan sesuatu yang mungkin boleh dimanfaatkan...

Semoga kehadiran aku di alam pekak bisu ini akan dikiraNYA sebagai satu ibadah satu saham satu simpanan di alam tiada akhir nanti...
ILMU YG DIMANFAATKAN... insyaALLAH..

ya ALLAH... ampunkanlah mereka, lelaki-lelaki yang masih berjual-beli diketika mana azan Jumaat telah dilaungkan...

ya ALLAH... sedarkanlah mereka, lelaki-lelaki yang memakai pakaian menutup sampai buku lali... sesungguhnya, Tuhan mereka memurkai cara pemakaian sebegitu...

ya ALLAH... jauhkanlah saudara-saudara perempuan aku, daripada kasut mereka yang bertumit kerana larangan Tuhan sangatlah keras keatasnya...

ya ALLAH... satukanlah mereka, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, dengan menghalakan arah kembali kepada Al-Sunnah Waljamaah... bukan mengikuti kumpulan manusia yang jahil lagi menjengkelkan...

Adakah kita sedar akan perkara-perkara di atas..?
Atau tidak pernah tahu sebelumnya...?
Mungkin telah ketahuan, tapi tidak di-per-endahkan...?

Mahukanh kita, ALLAH membalasnya dengan seksaan...?
Sama-samalah kita anjakan sementara mampu ini...

Ketahuilah sahabat-sahabat... dakwah itu mempunyai beribu cabang... tetapi menuju ke satu arah yang satu...

Jika kita sayangkan Rasullulah SAW...
Ayuh kita dakwahkan diri kita... seterusnya keluarga kita... selanjutnya sahabat-sahabat... demikianlah masyarakat, insyaALLAH kita akan diberkatiNYA...
 
Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia