Thursday, December 25, 2008

Doa



ALLAH Maha Esa
ALLAH tempat manusia memohon
ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakan
ALLAH tiada bandingan...

Demi ALLAH...
Hari ini aku bernyawa hanya dgn kehendakNya...
Aku masih hidup dgn ni'matNya...

Segala puji pujian untuk Tuhan sekelian alam
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi
Tuhan yang menguasai hari pembalasan
Tuhan yang disembah dan dipohon pertolongan

Dgn nama ALLAH...
Rahmatilah muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat yg masih hidup dan yg sudah meninggal...
Berkatilah kami hambaMu yg hina ini...

Telah berselawat Tuhan kita kepada cahaya yg terang
Muhammad yg terpilih
Pemimpin manusia yg telah diturunkan
Serta keluarga serta sahabat-sahabat Baginda....

Monday, December 8, 2008

CIMB Clicks kena serang !!

Pagi td aku dikejutkan dengan satu email dari CIMB Clicks dalam account Yahoo! aku...

Address nyer : information@cimbclicks.com.my

Kandungan email tu seperti berikut ;

__________________________________________________________________________

Dear CIMB Bank customer,

We are hereby notifying you that we've recently suffered a DDos-Attack on one of our's Internet Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your CIMBClicks account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.

Here's how to get started:

1. Log in to CIMBClicks online account (click here).

2. You must request for TAC online via CIMBClicks - your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM.
( you can find the "request TAC" button in the left menu of your account )

3. Logout from your account and close the browser.

4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, Log in to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).CLICK HERE to go on our secured server.

5. Please allow 48 hours for processing.

Please comply and thanks for understanding.
© 2008 CIMB Bank

Note: Please do not reply to this email.
This mailbox is not monitored and you will not receive a response.

_________________________________________________________________________________


Kalu tengok address email tu cam real jer kan.... tapi cube check ayat nih "If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended." aku curious apasal diaorg nk suspending akunyer account lak... plak tu tempoh 24 jam jer... tepon la kalu urgent sangat...

Satu lg aku was2... "Log in to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC)".... woooo... dia nak ID dan password tu... tu cam bg kunci umah kt stranger....

Langsung aku call CIMB Helpdesk... terkejut gak aku jawapan dia bagi aku...

"kami CIMB tidak akan menghantar apa2 email kepada pelangan. apa2 mesej mesti dalam CIMBClicks tu jer"

Wakakaka.... kalu tak abis lah sume gaji aku lesap beb...

Alhamdulillah... tuhan cetuskan keinginan bertanya dulu...

Tapi yg best nyer website tuh mmg sebijik yg real beb... yg aku leh spot beza cume link bank dia bagi tu xde .my jer... kalu tak caye leh try klik link yg dia bagi tuh.... huhuhuhuhu...

So nasihat dari bank... jgn klik link ke bank... kalu nk masuk... type sendiri address bank tuh...

Kepada kawan2 di Malaysia... kalu dulu Maybank2U... skrang CIMBClick plak.... ni lah kelemahan sistem online...


Monday, December 1, 2008

Di mana silap ni...?



Di sini aku tinggal...
di bumi ini... di bawah langit ini...
Aku lihat banyak kepincangan...

Di sana orang melompat keriangan
Terhenjut2 menari mengejar irama dan lagu
Menghanyun kepala tanda keasyikan keseronokan

Menyanjung penyanyi pemuzik penari dan penganjur...
Diikut2kan gaya mereka..
Menyiulkan lagu2 mereka..
Menyintai mereka..
Bahkan memuja mereka...

Ahhhh!!! Aku nak termuntah melihat semua ini...
Hebat sangatkah mereka...???

Bukan aku anti-sosial...
Tapi aku memang jelek mengenang bangsa aku sebegitu rupa...

Nama mereka ber BIN dan ber BINTI....
Tapi...
Rasulullah S.A.W tidak pula dipuji sebegitu tinggi...
Sedang dari kecil lagi telah dididik...

Aduhhh!!! Bangsa aku ni kebanyakan buta rupanya...
Tidak tahu menilai mana kaca.. mana intan....

Nak kata tak puji langsung Rasulullah S.A.W pun tak boleh juga...

Beberapa hari dalam setahun mereka memuji beramai2...
Itu pun beberapa hari saja...
Dalam dan selepas solat mereka memuji2 Rasulullah...
Itu pun kalau mereka bersolat...

Aku juga manusia biasa...
Mempunyai kesukaan dan menjadi peminat...

Cuma tolonglah.... tolonglah jangan jadi lalang..
Lalang yang sekejap kekiri... sekejap kekanan...
Tumbuh merata2 tanpa sempadan...
Dibenci manusia disukai binatang...

Jadilah seperti pokok garharu...
Tumbuh tegak membesar...
Dicari manusia sekelian alam...
Memberi manfaat tinggi nilainya...
Semasa hidup menjadi kebanggaan si penjaga...
Bila mati jadi rebutan manusia...
Makin kering makin tinggi nilai ribuan...

Tapi aku hairan....
Walau mereka begitu...
Lupa tuhan lupa rasul....
Bila aku tanya....
ENGKAU NAK NERAKA KER... NAK SYURGA...?
Pasti dan pastinya mereka memilih SYURGA....

Hahahahaha.....
Bagaikan tidak mahu makan tapi hendak buang air besar....
Bagaikan tidak mahu kerja tapi nak gaji besar....
Bagaikan tidak pernah hidup tapi nak mati...
Bagaikan kapal terbang tanpa sayap....
Bagaikan hutan tapi tiada pokok...

Di mana silap ni...?

Cuba sama2 kita adik2.. abang2... kakak2...
Tanya dan selidiki...

Adakah rezeki aku HALAL...?
Adakah makanan aku berunsur WAS-WAS...?
Adakah aku berSOLAT...?
Adakah aku berZAKAT...?
Adakah aku berAURAT...?

Alhamdulillah.... jika semua itu adalah dugaan bagi yang berIMAN...

Wallahu'alam...

Wednesday, November 26, 2008

Iaitu Dunia



Adakah aku masih tidur bila bedilan mengaum di Palestin..?


Tidak !! Aku tidak tidur... malah tidak juga aku pejamkan mata...
Bagaimana harus aku tidur... bunyi sangat bingit...
Aku cuma terlelap sahaja diulit DUNIA....

Masihkah aku ada sisa makanan sedang kanak2 menadah pinggan di Afrika..?

Tiada !! Aku tiada melakukan pembaziran... malah tiada juga aku berlebihan...
Bagaimana harus aku membazir... sayu dan bersyukur bila teringat akan mereka...
Aku hanya berhabis wang merasa keenakan makanan di atas DUNIA...

Apakah aku akan katakan apabila agama dipermainkan si celaka zionis !!??

Jahanam !! Aku pasti dan pasti tidak berdiam diri... malah bercita2 memusnahkan mereka...
Bagaimana harus aku diam... menyirat darah bergelora amarah mendengarnya..
Aku cuma tidak sempat kerna sibuk dengan urusan DUNIA...

Lupakah aku tanggungjawab selepas tua mereka kembali kepadaNYA...?

Ibu !! Ayah !! Aku belum mampu melupakanmu... malah tiada tertinggal dalam doa...
Bagaimana harus aku lupa... ketabahan dan kesabaran mereka tiada berbayar...
Aku hanya perlu upah jemaah dan imam masjid kerana begitulah kejahilan warga DUNIA...


ya ALLAH... baru aku terfikir...
ya ALLAH... baru aku tersentak...
ya ALLAH... baru aku menangis...
ya ALLAH... baru aku tahu selama ini...

Aku hidup kerna dan untuk DUNIA semata2...



Thursday, November 13, 2008

Prinsip aku yg paling UTUH...

Aku ada SATU prinsip yg senantiasa aku bela.
Aku selalu praktis prinsip ini...
Aku tidak sekali melanggar prinsip yg satu ini.
Kerna dgn prinsip ini, aku berjaya meletakkan diri ini
salah seorg yg berkarekter di kalangan sahabat2 aku..

Prinsip aku ;

" KALI PERTAMA KAMU BUAT SILAP, AKU TERIMA...
KALI KEDUA KAMU ULANGI, PERCAYALAH...
WALAU APA SEKALI PUN, TIADA KALI KETIGA UNTUK KAMU... "

Maka aku tidak akan dipandang ringan oleh mereka yg suka
ambik kesempatan keatas kebaikan aku...

Aku sudah serik dipermainkan sahabat2 yg bertopengkan serigala..

Alhamdulillah...
Sejak aku pegang prinsip ini... aku mula disegani di dalam
kelompok sahabat2 aku...

Thursday, October 23, 2008

POLIGAMI

UNTUNGNYA POLIGAMI

Sepanjang sejarah manusia, kalau kita lihat dari dulu
sampai sekarang, dalam soal unit keluarga ini ada
berbagai-bagai bentuk amalan. Ada suku-suku bangsa yang
mengamalkan sistem polyandry, yang sangat bertentangan
dengan fitrah manusia.
 
Polyandry ini ialah isteri yang mempunyai lebih daripada
satu suami. Ini berlaku pada suku-suku kaum yang mundur,
misalnya kaum asli atau Aborigin.
Di dalam sistem ini seorang perempuan boleh mempunyai dua
atau tiga suami, kadang-kadang berbelas-belas suami. Semua
suami berkhidmat kepada isteri tersebut. Ia mirip kepada
sistem hidup semut atau lebah di mana ketuanya adalah
permaisuri. Permaisurilah yang mengarahkan segala-galanya.
 
Islam membawa satu sistem yang bertentangan dengan itu,
iaitu poligami, di mana seorang suami boleh mempunyai
banyak isteri. Sekali imbas, kalaulah poligami dalam Islam
ini tidak dikaji betul-betul kebaikan dan hikmahnya,maka
kebanyakan manusia terutama para orientalis dan orang-orang
Islam sendiri yang tidak faham atau yang tidak dididik
secara Islam, akan menganggap bahawa poligami ini tidak
lain dan tidak bukan, hanyalah satu cara untuk orang lelaki
menindas kaum perempuan atau untuk memuaskan nafsu mereka
terhadap kaum perempuan. Maka timbullah berbagai fitnah
terhadap orang yang berpoligami.
 
Tambahan pula ada orang-orang Islam yang berpoligami tetapi
tidak mengikut cara berpoligami yang sebetulnya. Antaranya,
berlaku ketidakadilan, tidak membela, mengabaikan anak,
tinggal isteri lama-lama dan lain-lain lagi sehingga
timbullah masalah dalam masyarakat. Maka buruklah rupa
poligami itu walaupun yang sebenarnya hikmahnya sangat
besar.
 
Poligami jadi ‘buruk’ kerana orang yang
mengamalkannya tidak
mengikut cara
sebagaimana sepatutnya.


Hilanglah cantik dan indahnya amalan poligami ini. Lalu
bagi yang tidak faham dan juga bagi para orientalis,
inilah kesempatan untuk mereka menekan,mencemuh serta
menghinakannya.
 
Termasuk golongan yang tidak menyokong poligami ini ialah
kaum wanita Islam yang tidak faham dan yang mengukur dan
menilainya dengan perasaan dan hawa nafsu mereka
semata-mata. Mereka menentang poligami atas alasan tidak
mahu berkongsi kasih sayang suami, suami tidak akan berlaku
adil dan sebagainya.
 
Sebenarnya kasih sayang itu bukan mata benda macam duit
yang kalau dikongsi, takut-takut tidak cukup atau jadi
kurang. Ia perkara maknawi yang tidak boleh disukat dengan
dacing atau gantang.Ia ibarat air laut. Sebanyak mana pun
bekas yang dibawa, diisi penuh dengan air laut tidak akan
habis malahan sedikit pun tidak akan luak atau kurang.
Kalau isteri itu solehah dan berakhlak, tetap suami akan
sayang.
 
Kalau ada 4 isteri yang semuanya solehah dan berakhlak,
keempat-empatnya suami akan sayang. Kalau isteri degil,
jahat dan tidak berakhlak, tidak ada suami yang akan
sayang walaupun dia seorang sahaja isterinya. Kasih sayang
bukan benda yang dikongsi-kongsi. Masing-masing boleh ambil
mengikut hak masing-masing tertakluk kepada syarat sama
ada mereka itu menyenangkan hati suami dan layak diberi
kasih sayang ataupun tidak.
 
Adil pula bererti menaruh hak pada yang hak. Adil tidak
bermaksud pembahagian sama rata.Kalau seorang suami
mempunyai ramai isteri dan setiap isterinya diberi nafkah
mengikut keperluan masing-masing walaupun nilainya tidak
sama di antara satu sama lain, itu adalah adil namanya
sebab keperluan setiap isteri itu tidak sama.
 
Apa yang sebenarnya ditakuti oleh wanita yang menentang
poligami atas dasar takut suami tidak adil sebenarnya
ialah kerana mereka mahu membolot kesemua harta dan wang
suami untuk diri mereka seorang sahaja dan tidak mahu
berkongsi harta dan wang suami dengan orang lain. Kalau
inilah sebab yang sebenarnya,maka jangan gunakan alasan
adil atau tidak adil kerana ini tidak ada sangkut-paut
dengan keadilan.
 
Memang Allah jadikan lelaki itu bersifat semulajadi
"polygamous" atau suka pada lebih dari seorang isteri.
Syariat Islam juga sesuai dengan fitrah ini dan lelaki
dibenarkan berpoligami. Hikmahnya banyak. Ia boleh cepat
meramaikan zuriat.

Rasulullah SAW bukan sahaja suka dan
gembira malahan megah melihat umatnya ramai.
 
Tambahan pada itu, orang perempuan ada banyak masa uzur.
Contohnya semasa haid atau setelah bersalin. Ada yang
haid sampai lima belas hari. Tetapi orang lelaki sentiasa
bersedia atau sentiasa siap siaga. Oleh itu, seorang
isteri tidak akan mampu melayan kehendak suaminya sepanjang
masa. Isteri perlu bertolak ansur dan membenarkan suaminya
mempunyai isteri-isteri yang lain terutama kalau suaminya
jenis yang berkeinginan tinggi.
 
Lelaki juga, sifat semula jadinya mudah jemu. Ibarat
makanan, kalau setiap hari dihidangkan gulai asam pedas,
lama-lama dia akan hilang selera walaupun asam pedas itu
sedap. Kalau gulai asam pedas itu digilirkan dan diselang
seli dengan masak lemak cili api, kari atau gulai tempoyak,
maka seleranya terhadap gulai asam pedas akan kekal sampai
bila-bila. Selang beberapa hari, dia akan berselera untuk
makan gulai asam pedas semula.
 
Ada peribahasa Inggeris yang berbunyi 
"Variety is the spice
of life"
.

Poligami ialah satu jalan untuk mengekalkan kasih sayang
antara suami isteri. Belum hilang rindu pada seseorang
isteri, sudah terpaksa ditinggalkan untuk giliran isteri
yang lain. Dengan demikian, si suami sentiasa dalam keadaan
merindui isteri-isterinya. Isteri-isterinya sama juga.
Tidak sempat untuk jemu, tidak sempat untuk bosan. Jadi
tidak ada ruang untuk pergaduhan dan bermasam-masam muka.
Salah sedikit-sedikit mudah sahaja dimaafkan.
 
Bagi para isteri, melayan suami meletihkan. Kalau suami
ada di rumah, isteri terpaksa memberi tumpuan pada suami.
Tidak banyak masa terluang untuk membuat perkara-perkara
yang diminati atau yang boleh dijadikan hobi seperti
menjahit ke, crochet ke, menanam orkid ke, buat parti
‘tupperware’ ke dan sebagainya. Tambahan lagi, kalau suami
sentiasa ada di rumah, lama-kelamaan layanan akan jadi
hambar. Sampai satu ketika, masing-masing akan buat hal
masing-masing.
 
Dalam poligami, ada giliran. Kalau waktu giliran, isteri
boleh memberi segala tumpuan untuk melayan suaminya kerana
itulah masa pun untuk bersama. Semasa bukan giliran,
isteri boleh buat kerja-kerja lain yang dia suka. Maka
fikiran dan aktiviti isteri boleh terbuka luas dan tidak
jadi terkongkong dan jumud seperti isteri yang tidak
bermadu.
 
Inilah juga peluang untuk isteri yang bermadu berkecimpung
di dalam masyarakat, untuk membuat khidmat-khidmat
masyarakat dan membina serta membangun masyarakat khususnya
dalam hal ehwal dan kebajikan wanita dan kanak-kanak. Ini
kerana di kalangan para isteri, ada yang layak dan
berkemampuan untuk memimpin dan menggerakkan
pertubuhan-pertubuhan wanita.
 
Kalau semua masa diperlukan untuk melayan suami
semata-mata, masyarakat akan rugi. Sukar bagi isteri yang
tidak bermadu hendak berkecimpung dalam masyarakat kerana
dia terpaksa melayan suami. Kalau tidak suami akan terabai.
 
Kalau ramai isteri-isteri yang bermadu, maka ramailah
tenaga wanita yang ada untuk menggerakkan
pertubuhan-pertubuhan wanita dan memajukan kaum wanita
dalam bidang ekonomi dan kemasyarakatan. Biar isteri yang
mempunyai giliran sahaja yang melayan suami. Yang tidak
mempunyai giliran boleh bergerak dan berkhidmat dalam
masyarakat. Masyarakat akan untung. Kaum wanita akan
untung.
 
Wanita Barat sibuk dengan ‘Women’s Liberation’ tetapi apa
pun tidak berlaku. Tidak ada hasil. Bising sahaja. Biar
wanita Islam sibuk melagangkan poligami dan pada waktu yang
sama, kaum wanita Islam membina, membangun dan berkemajuan.
 
Sebenarnya kalau kita dapat fikirkan dengan waras, kita
akan berterima kasih kepada orang lelaki yang mahu
berpoligami. Kerana bila seorang lelaki berkahwin, dia
hanya selesai satu masalah tetapi dalam masa yang sama
dia menempuh 99 masalah. Bagi orang perempuan pula, bila
dia berkahwin, dia selesai 99 masalah dan menempuh satu
masalah sahaja. Jadi kalau ada lelaki mahu berkahwin,
ertinya dia itu berani kerana dia sanggup menempuh
99 masalah. Lebih-lebihlah lagi yang mampu kahwin lebih,
2,3 atau 4. Maknanya akan timbul 99 x 4 masalah.

Lelaki yang hendak berpoligami ini
haruslah seorang yang berani, tahan lasak
dan sanggup
menanggung risiko
 
Poligami sebenarnya adalah satu perjuangan. Melalui
poligami ini kita dapat membangunkan berbagai kekuatan.
Poligami ini mendidik kita setiap hari. Melalui poligami,
tiap saat kita terdidik, sebab kita terpaksa berhadapan
dengan kerenah para isteri,berhadapan dengan tanggungjawab
dan sebagainya.
 
Maknanya 24 jam kita terdidik. Hendak tidur pun kita kena
tepati tempat dan masa. Berbeza kalau ada seorang isteri.
Hendak balik ke rumah atau tidak,hendak tidur di rumah
atau tidak, ia terpulang pada suami. Tetapi bila
berpoligami, suami sudah tidak bebas lagi.

Giliran pada isteri-isteri wajib dipenuhi
 
Poligami sebenarnya adalah satu proses tarbiah yang cukup
hebat. Dari poligami akan timbul kekuatan-kekuatan lain.
Melalui poligami akan tumbuh sifat-sifat baru pada diri
kita yang boleh menguatkan kita.
 
Antaranya ialah sifat sabar. Poligami menjadi tempat
latihan bersabar menghadapi bermacam-macam kerenah isteri.
Suami akan terlatih bagaimana hendak bersaikologi,
berstrategi dan lain-lain.
 
Ini merupakan pengalaman dan pendidikan yang boleh
membantu kita menjadi mantap dari segi mental dan
spiritual. Hati dan perasaan kita akan tercanai sehingga
benar-benar dapat membangunkan insaniah kita.

Seolah-olahnya poligami ini adalah riadhah (latihan) hidup
bagi akal, fizikal,hati dan nafsu kita.
 
Kita akan jadi pandai menyusun hidup dan memaksimumkan
penggunaan masa,kewangan dan sebagainya di antara
isteri-isteri dan anak-anak kita. Kita akan pandai
mengambil hati para isteri dan melayan kehendak fizikal,
emosi dan rohani mereka kerana itulah perkara yang akan
memberi kepuasan kepada mereka yang kadang-kadang kita
abaikan ketika kita beristeri satu.
Kita hanya "take for granted".
 
Kita akan sentiasa berusaha untuk berlaku adil dan sifat
memaksa diri supaya sentiasa berlaku adil dan tekanan
atau tuntutan untuk sentiasa berlaku adil itu sangat
berkesan untuk menjadikan kita orang yang adil atau
sekurang-kurangnya orang yang berfikiran dan berperasaan
adil kerana tuntutan berlaku adil itu sentiasa bermain di
dalam fikiran dan hati kita.
 
Kita bertambah sensitif dan peka terhadap
keperluan dan
perasaan isteri-isteri kita


Ini boleh menjadikan kita orang yang sensitif dan peka
terhadap keperluan dan perasaan orang-orang lain. Kita
akan jadi orang yang lebih mementingkan orang lain daripada
diri sendiri.
 
Dalam keadaan berpoligami, kita akan belajar berfikir
habis-habis sebelum kita memperkatakan sesuatu,lebih-lebih
lagi sebelum kita berbuat sesuatu. Ini kerana risiko
bertindak secara semberono dan melulu mempunyai kesan yang
lebih berat di dalam poligami daripada di luar poligami.
Banyak hati-hati yang akan tersentuh atau terluka. Dalam
monogami, kesilapan, kekasaran dan tindakan yang melulu
lebih mudah boleh diterima atau diambil ringan.
 
Dalam mendidik isteri yang ramai dan supaya mereka lebih
mudah menerima didikan kita, kita perlu jadi contoh dan
kita perlu serius dengan Tuhan dan hukum-hakam agama.
Barulah kita ada wibawa dan isteri-isteri kita mudah
patuh dan akur akan kepimpinan kita kerana kita sama-sama
ingin menuju kepada keredhaan Tuhan.

Disiplin perlu dalam berpoligami
Tidak ada ruang dalam poligami bagi suami yang ingkar
dengan perintah Tuhan dan yang meringankan agama kerana
tidak ada isteri yang akan hormat dan akan memberi
ketaatan kepadanya. Begitu juga cara hidup yang
berperaturan dan berjadual. Poligami mendidik kita supaya
berdisiplin dan berperaturan.
 
Juga dalam menghadapi masalah dan tanggungjawab
berpoligami yang lebih berat, suami akan banyak meminta
tolong dan bergantung harap dengan Tuhan. Inilah satu
sifat yang Allah sangat suka. Hati suami akan banyak
mengadu, meminta bantuan dan merintih dengan Tuhan.
 
Suami akan banyak mengingat Tuhan. Perkara ini juga
berlaku kepada para isteri.Dalam hendak memujuk-mujuk hati
dan mendidik perasaan, isteri akan juga banyak mengadu dan
merintih dengan Tuhan.

Berbahagialah para suami dan isteri yang
hati mereka sentiasa bersama Tuhan.
 
Barulah kita nampak bahawa poligami sebenarnya amat baik
dan sangat penting. Kalau tidak, tentulah ia tidak menjadi
`dakbus solihin’ atau tradisi para nabi dan rasul,
wali-wali dan orang-orang soleh zaman dahulu.

Sudah pasti ada sesuatu yang besar dalam
poligami.
 
Walaupun poligami ini telah disingkirkan oleh umat Islam
bahkan dicemuhkan, ia sebenarnya mencetuskan berbagai
kekuatan. Bukan sahaja bagi pihak suami bahkan isteri
juga mendapat manfaat yang banyak dari poligami. Walaupun
mereka terpaksa mengurut-urut dada, memujuk-mujuk hati
dan terpaksa korban perasaan, mereka juga akan mendapat
berbagai kekuatan dalam menempuh ujian hidup berpoligami
dan bermadu.
 
Bagi isteri-isteri yang monogami, hidup mereka banyak
berlegar di sekitar suami mereka sahaja.

Apa-apa pun "husband I". " Husband I " inilah.
" Husband I " itulah. ‘Husband’ mereka sudah jadi matlamat,
bukan lagi alat untuk menuju kepada Tuhan.
 
Bukan mudah untuk mengubah sikap dan pegangan ini. Suami 
mereka lebih banyak di hati mereka dari Tuhan sendiri.
Apa-apa pun suami, bukan Tuhan. Poligamilah ubat yang
paling mujarab bagi penyakit ini. Apabila sudah bermadu,
mereka akan sedar bahawa suami mereka bukan hak mereka
seorang. Dia sudah ada isteri-isteri yang lain. Ketika itu
hati mereka akan berhijrah daripada suami kepada Tuhan,
tempat mereka merintih, mengadu dan memohon kasih sayang.
 
Kita tidak akan tahu atau nampak cacat hati,
sifat mazmumah dan penyakit jiwa yang ada pada seorang
isteri ketika dia seorang. Kita sangka dia sudah baik.
Bahayanya, dia akan mati membawa penyakit-penyakit tersebut
kalau ianya tidak dibongkar dan diubati. Sifat-sifat
mazmumah itu ialah dosa-dosa batin. Isteri itu sendiri
tidak akan bertaubat dari dosa-dosa tersebut kerana dia
pun tidak tahu dan tidak sedar.
 
Poligami ialah pembongkar segala sifat-sifat
mazmumah para isteri
 
Semasa bermadu, akan timbul sifat tidak redha, tidak sabar,
tidak bertolak ansur, derhaka kepada suami, maki hamun,
hasad dengki, tamak haloba, rebut harta, mengamuk dan
lain-lain yang kita sangka tidak ada semasa sebelum
berpoligami.
 
Semasa berpoligamilah peluang untuk membongkar dan
mengubati penyakit-penyakit tersebut sehingga isteri
menjadi seorang isteri yang benar-benar solehah.

Isteri yang baik dalam monogami belum tentu baik.
Isteri yang
baik dalam poligami ialah isteri yang telah
terbukti
kebaikannya.

Isteri yang sayangkan suaminya dalam monogami
mungkin sayangkan suaminya kerana suaminya. Tetapi isteri
yang sayangkan suaminya dalam poligami menyayangi suaminya
kerana Allah SWT.


Elok kita faham beza lelaki dan wanita.

Lelaki pelik, dia boleh sayang ramai wanita serentak.
Wanita tak boleh.

Tapi tak pelik, kerana ia macam ibu dan bapa yang dah ada
anak sorang, mahu
pula anak kedua, kemudian ketiga. Tak
bermakna dengan anak kedua, anak
pertama tak lagi disayang.
atau kasih sayang anak pertama akan dibahagi

separuh kepada anak kedua. Ibu dan bapa boleh menyayangi
anak pertama
seperti dulu walaupun dah ada anak kedua.
Yang terpaksa dikongsi ialah
perhatian.
Bukan kasih sayang.


Tak semestinya lelaki bila dia
kahwin lagi, dia dah tak sayang
yang lama.


Sumber : Blog Soal Jawab Agama.

Tuesday, October 14, 2008

mase aku test IQ aku dgn soklan2 nih... rupe2nyer aku nih kategori RENDAH IQ lagih...

korang camne..?



Teka-teki:
Hitam dan berpeluh..HA. . Ape2??


Jawapan :
Semut hitam tengah berjogging..huhuhu


Teka-teki :
Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung..



Jawapan :
Seluar dalam ler..haha


Teka-teki :
Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu
yang paling tinggi?



Jawapan :
Kuih lepat liat la...sebab kapal terbang sampai langit je, tp kuih
lepat sampai lelangit.


Teka-teki :

Byk2 kotak, kotak ape yg x leh angkat?



Jawapan :
Kotak penaltilah.. ... wawawa!


Teka-teki :
Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar ???
Teka..teka.. kalo terer!



Jawapan :
Selipar maner boley buat gali tanah,gune cangkol lar....huehue. ..hue!!


Teka-teki :
3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?



Jawapan :
Koboi naik kuda bawak sekor ayam.


Teka-teki :
Masa dia hidup kite menyanyi, masa dia mati kite tepuk tangan pulak...



Jawapan :
Lilin masa sambut 'EPI BESDAY'


Teka-teki :
Scorpion kaler apa?



Jawapan :
Kala jengking lah..senang pun takleh nak jawab!


Teka-teki :
Dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???



Jawapan :
Kerani


Teka-teki :
Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan
dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???



Jawapan :
Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!


Teka-teki :
4 org awek cun berpayung dgn satu payung tp nape tak basah langsung??



Jawapan :
Sebab tak hujan...aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi...soalan
bebudak pun takleh nak jawab!! Hampeh..

**************************************************************************

Monday, September 1, 2008

Adil

Aku memang selalu rasa kurang puas hati bile memikirkan perihal ADIL nih... dalam malaysia nih pon banyak yg ketidakadilan berlaku..

Paling aku bencinya ramai yg jadi mangsa adalah manusia kelas pertengahan dan kebawah.... atau senang cerita lah, org2 mkn gaji org2 niaga kecil-kecilan org2 miskin dan para pelajar di antaranya...

Nak aku senaraikan.... banyak lah... hish.. nanti jap aku pilih yg mana best2... hehehehe..

  • Jika kite parking kete kt petak letak kereta... kene taruk kupon parking... kalu tidak kene saman de RM30 tapi de gak yg terus tarik kene lah dlm RM100-RM200... atau lebih masa pon kene saman... biasenye letak 30 sen atau kupon 46 sen untuk sejam...
Ketidakadilan nya... kalu lah kita taruk kupon sejam atau masukkan duit syiling untuk sejam... tapi kite parking hanya 40 minit katakan... mintak balance dia bagi tak...? Oooo kurang korang saman, lebih korang tak nak pulangkan yer... pastu siapa yg naya... kita la wei...

  • Jika kite beli tiket bas ekpress nak ke satu destinasi... kt tiket tu dh tercatit platform mana tempat duduk dan masa perjalanan... tiba2 kite terlewat 5 minit jer fasal tayar kete pancit... bas tu pon jln la... so kite sampai terus g kaunter mintak tlg adjust masuk bas lain ker atau tumpang bas lain pastu interchange kt tempat rehat bas nanti... tentu kita sgt memerlukan untuk ke destinasi tersebut... nak beli mesti esoknya plak kalu silap haribulan... biasenya, no way!! beli lain... dan lain kali jgn dtg lambat... dah tuliskan situ berada dlm bas 15 awal... tak reti bace ker...? hahaha...
Ketidakadilan nya... kalu lah kita dh dtg awal takut kene tinggal kan... setgh jam awal tu... tapi tut tut tut bas tak sampai2... tggu punya tggu... kaunter cakap bas tukar tayar pancit gak... sejam kemudian baru la sampai... tu kalu sejam... kadang2 de sampai 2-3 jam tau... nak tanya sket... bleh tak kite tggl jer bas yg lewat tuh..? wakakaka... jawapan nyer tidak bleh... jadi di sini... kita yg beli tiket, bagi diaorg duit... tapi kite kene tunduk pada mereka... ikut suka hati mereka... no mercy... patut tak kite mintak balik sedikit bayaran daripada mereka agar dapat mengajar mereka disiplin masa yg sebenar2nya...?

Ermmm banyak lagih la.... kalu kite renungkan sejenak pe yg berlaku depan mata... tentu kita akan nampak banyak sangat ketidakadilan yg berlaku pada kita keluarga rakan2 org2 tua dan org2 tidak berkemampuan...

Adakah kita semua peka akan berkara ini...?
jawapannya tidak... sbb tuh pejabat aduan pengguna di kawasan kita pon kita tak tau kan... malah selama hidup 20 thn 30 thn 40 thn... tak penah plak walau skali kite buat aduan...

Adakah akta pengguna atau agensi aduan itu tidak memainkan peranan yg efektif...? jawapan nya salah sendiri... dah tiada sambutan... camana nak kuatkan agensi... pe pekdahnya nak sibuk... dh kite tak kisah ngan semua ini...

Siapakah yg paling bersalah akan perkara ini...?
jawapan nya kita... kita yg tinggi belajar sampai Universiti.. kita yg suke dok marah2 org.. kita yg sgt ganas kata nyer... kita yg sensitif ini... kita yg kata nyer org yg cerdik pandai menilai... kita yg segala2 nyer lah...

Kenapa kita yg salah...?
jawapan nya sbb kita tidak berani malas suka dibuli mudah lupa tak kisah buat2 tak tau takde masa takde ilmu takde rasa tanggungjawab dan kite ketuk kapla otak sendiri tanyalah pe lagi....

BERSAMALAH KITA BENTUK MINDA JATI DIRI SEMANGAT DAN TANGGUNGJAWAB YANG LEBIH BERTAMADUN....

Jika perkara ni terus dibiarkan... tidak menjadi kejutan suatu hari nanti kita dijajah balik dengan lebih teruk... Kerana sifat2 ini bukan nyer sifat manusia dikatakan sudah
MERDEKA

Sunday, August 31, 2008

Ramadhan

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Bersyukur kita sekali lagi kerana diberikan peluang untuk sama2 mencari keredhaan Ilahi.

Ramadhan juga dikenali sebagai BULAN KEAMPUNAN... bulan yg penuh rahmat kerana dugaan yg sgt berat... ALLAH maha adil... diduga dan diampunkan...

Maka dengan kemurahan ALLAH swt ini,

  • sama2 lah kita rebut peluang untuk mensucikan diri masing2...
  • sama2 lah kita sisihkan sifat2 celaka lagi keji di sisiNya...
  • sama2 lah kita jauhkan api neraka dgn menghampiri amalan2 ahli sufi...
  • sama2 lah kita telitikan setiap langkah agar tidak membuahkan bibit2 kemaksiatan...
  • sama2 lah kita menyelongkar hati untuk dibersihkan sebersih-bersih putih kain kafan...
  • sama2 lah kita amal makruf nahi mungkar...

InsyaALLAH...

Saturday, August 30, 2008

Batu


Pabila kita berjalan di suatu kawasan yg lapang... selapang-lapang sehingga kita bebas untuk memilih arah dan corak perjalanan kita sendiri...

Maka di perjalanan kita itu... secara tidak sengaja tersepak seketul batu... batu yg mampu buat kita menjerit kesakitan... melukakan kaki kita...di mana luka dan parut tidak bisa dipisahkan... tinggal lah parut sebagaimana dipanggil kenangan...

Namun perjalanan mesti diteruskan... bermundar-mandir di kelapangan itu mencari sambil mencorak arah... sambil menyumpah-seranah si batu yg BODOH menyebabkan kita bersakitan tadi...

Tiba satu masa, kita pasti melalui kembali laluan batu yg BODOH itu...

Sekali lagi kita terlanggar batu yg BODOH itu... sekali lagi jugalah kita berdarahan menahan perit dan seksa...

Dari situ lah kita mula berfikir...

  • Mengapa pengalaman sebelum ini dgn keperitan dan kesakitan dulu aku tidak belajar cara mengelak..?

  • Macamana nak aku buktikan lagi bahawasa aku cerdik belajar tinggi banyak ilmu, sedangkan aku tidak berbuat apa-apa sebaliknya memilih untuk memarahi batu tersebut sahaja..?

  • Bagaimana agak nya jika aku alihkan batu itu atau aku buat satu tanda amaran agar tidak aku tidak orang lain nanti terlanggar lagi..?

  • Di manakah tahap aku... adakah tinggi, sama atau lebih teruk daripada si batu tersebut...?

Senang cerita,

  • Adakah benar batu ini yg BODOH atau aku yg KURANG CERDIK...?

Bak kata si Nabil.... LU PIKIR LA SENDIRI....

Wallahu'alam...

Wednesday, August 27, 2008

Kambing

Siapa tau sifat kambing yg boleh relate ngan kehidupan kite?

kambing mkn rumput... hehehe kita x mkn... bkn yg nih...
kambing takut hujan... hahahaha kita pkai baju hujan... bkn yg nih...
kambing suka minum air garam... wakaka kite takut ngan garam... pon bkn yg nih...

Gua bg satu cerite.. pastu sure korang leh relate nnt...

Pada suatu hari di bumi yg rumput berkehijauan nun jauh saujana mata memandang...
de insan hambaNya membela kambing untuk market yg agak besar... makne nyer banyak la tuh kambing-kambing nyer...

Di sebelah nyer ladang kambing tuh de sebatang sungai... di mana sungai nih kalu hujan yg lebat leh menyebabkan banjir sebahagian ladang tuh... so akan menjurus ketidakmahuan kambing2 keluar kandang...

Si hambaNya ini memeras ugut otaknya siang dan malam mencari cahaya ilham bagaimana dapat dia mengatasi masalah limpahan air tersebut...

Maka dgn kehebatan dan kekuatan salutan meilin pada akson dlm kepala otak dia, ketinnnggg... lampu bernyala...

Dia bina beberapa longkang merentasi ladang agar air yg melimpah dapat dialurkan ke tempat lain... itu jer dh dapat selesaikan masalah tersebut.... heheeeehee.. ni baru mukadimmah...

So kembali pada subjek kite... Kambing...

Maka kambing2 ini akan melompat merentasi longkang2 tersebut untuk pegi ke sebelah sana... begitu lah untuk beberapa lamanyer...

Sehingga la kerajaan dtg memberi tangan membantu permasalahan tersebut... mereka besarkan sungai tersebut dan menglearkan laluan sungai itu...

Si hamba ini pon mula la mengambus kembali longkang2 agar kambing2 nyer kembali bebas menjajah setiap pelusuk ladang mencari rezeki yg telah tertulis oleh Nya...

Setelah sekian lame perkara ini berlaku.... de satu gerombalan manusia dtg melawat ladang ini untuk mengkaji perilaku kambing... mereka semua pakar haiwan nih... dasyat dasyat....

Tapi satu perkara buatkan mereka mengaru kepala yg belum gatal... abis buku abis tesis dibuka kot2 mereka tertnggal akan perkara itu...

Lastly mereka ngaku kecetekan pengalaman mereka... so diaorg mendatangi si hambaNya nih untuk bertanyakan soalan akan satu perilaku misteri itu...

" bohhh...leh tanyer se soklang dok...?" kate mereka....

" berehhh..mugo gapo demo nok tanyo..kawe tura jawab kalu kawe tau.." balas nyer..

" nie boh...ambe dok pahang setarang baroh sebab pe kambeng2 tuh kalu nitas situ misti nompat...bukang sekor...sumer gitew...guane tuh...? " tanye mereka...

" ooo.... hahahaha...demo meme gilo ko kambeng nih...abis bendo demo kelih dih...kelah..kelah... " gelak si hamba...

Terus diceritakan perihal itu... pendek kan cerite, kambing nih bile dh diajar buat sesuatu... dia akan buat sampai mati... mebi sbb dia xde otak.... tu fasal camtu kan....

Jadi.. pe relate nyer ngan manusia.. ?

BEGITULAH MANUSIA YANG SESETENGAHNYA TIDAK MAMPU ATAU TIDAK MAHU MENERIMA DAN MELAKUKAN PERUBAHAN DALAM HIDUP WALAUPUN ZAMAN MASA DAN KEADAAN SUDAH BERUBAH...

jika kambing xde akal berperilaku gitu..
tapi bagaimana pula ngan MANUSIA ?

wallahu'alam...
 
Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia