Thursday, October 23, 2008

POLIGAMI

UNTUNGNYA POLIGAMI

Sepanjang sejarah manusia, kalau kita lihat dari dulu
sampai sekarang, dalam soal unit keluarga ini ada
berbagai-bagai bentuk amalan. Ada suku-suku bangsa yang
mengamalkan sistem polyandry, yang sangat bertentangan
dengan fitrah manusia.
 
Polyandry ini ialah isteri yang mempunyai lebih daripada
satu suami. Ini berlaku pada suku-suku kaum yang mundur,
misalnya kaum asli atau Aborigin.
Di dalam sistem ini seorang perempuan boleh mempunyai dua
atau tiga suami, kadang-kadang berbelas-belas suami. Semua
suami berkhidmat kepada isteri tersebut. Ia mirip kepada
sistem hidup semut atau lebah di mana ketuanya adalah
permaisuri. Permaisurilah yang mengarahkan segala-galanya.
 
Islam membawa satu sistem yang bertentangan dengan itu,
iaitu poligami, di mana seorang suami boleh mempunyai
banyak isteri. Sekali imbas, kalaulah poligami dalam Islam
ini tidak dikaji betul-betul kebaikan dan hikmahnya,maka
kebanyakan manusia terutama para orientalis dan orang-orang
Islam sendiri yang tidak faham atau yang tidak dididik
secara Islam, akan menganggap bahawa poligami ini tidak
lain dan tidak bukan, hanyalah satu cara untuk orang lelaki
menindas kaum perempuan atau untuk memuaskan nafsu mereka
terhadap kaum perempuan. Maka timbullah berbagai fitnah
terhadap orang yang berpoligami.
 
Tambahan pula ada orang-orang Islam yang berpoligami tetapi
tidak mengikut cara berpoligami yang sebetulnya. Antaranya,
berlaku ketidakadilan, tidak membela, mengabaikan anak,
tinggal isteri lama-lama dan lain-lain lagi sehingga
timbullah masalah dalam masyarakat. Maka buruklah rupa
poligami itu walaupun yang sebenarnya hikmahnya sangat
besar.
 
Poligami jadi ‘buruk’ kerana orang yang
mengamalkannya tidak
mengikut cara
sebagaimana sepatutnya.


Hilanglah cantik dan indahnya amalan poligami ini. Lalu
bagi yang tidak faham dan juga bagi para orientalis,
inilah kesempatan untuk mereka menekan,mencemuh serta
menghinakannya.
 
Termasuk golongan yang tidak menyokong poligami ini ialah
kaum wanita Islam yang tidak faham dan yang mengukur dan
menilainya dengan perasaan dan hawa nafsu mereka
semata-mata. Mereka menentang poligami atas alasan tidak
mahu berkongsi kasih sayang suami, suami tidak akan berlaku
adil dan sebagainya.
 
Sebenarnya kasih sayang itu bukan mata benda macam duit
yang kalau dikongsi, takut-takut tidak cukup atau jadi
kurang. Ia perkara maknawi yang tidak boleh disukat dengan
dacing atau gantang.Ia ibarat air laut. Sebanyak mana pun
bekas yang dibawa, diisi penuh dengan air laut tidak akan
habis malahan sedikit pun tidak akan luak atau kurang.
Kalau isteri itu solehah dan berakhlak, tetap suami akan
sayang.
 
Kalau ada 4 isteri yang semuanya solehah dan berakhlak,
keempat-empatnya suami akan sayang. Kalau isteri degil,
jahat dan tidak berakhlak, tidak ada suami yang akan
sayang walaupun dia seorang sahaja isterinya. Kasih sayang
bukan benda yang dikongsi-kongsi. Masing-masing boleh ambil
mengikut hak masing-masing tertakluk kepada syarat sama
ada mereka itu menyenangkan hati suami dan layak diberi
kasih sayang ataupun tidak.
 
Adil pula bererti menaruh hak pada yang hak. Adil tidak
bermaksud pembahagian sama rata.Kalau seorang suami
mempunyai ramai isteri dan setiap isterinya diberi nafkah
mengikut keperluan masing-masing walaupun nilainya tidak
sama di antara satu sama lain, itu adalah adil namanya
sebab keperluan setiap isteri itu tidak sama.
 
Apa yang sebenarnya ditakuti oleh wanita yang menentang
poligami atas dasar takut suami tidak adil sebenarnya
ialah kerana mereka mahu membolot kesemua harta dan wang
suami untuk diri mereka seorang sahaja dan tidak mahu
berkongsi harta dan wang suami dengan orang lain. Kalau
inilah sebab yang sebenarnya,maka jangan gunakan alasan
adil atau tidak adil kerana ini tidak ada sangkut-paut
dengan keadilan.
 
Memang Allah jadikan lelaki itu bersifat semulajadi
"polygamous" atau suka pada lebih dari seorang isteri.
Syariat Islam juga sesuai dengan fitrah ini dan lelaki
dibenarkan berpoligami. Hikmahnya banyak. Ia boleh cepat
meramaikan zuriat.

Rasulullah SAW bukan sahaja suka dan
gembira malahan megah melihat umatnya ramai.
 
Tambahan pada itu, orang perempuan ada banyak masa uzur.
Contohnya semasa haid atau setelah bersalin. Ada yang
haid sampai lima belas hari. Tetapi orang lelaki sentiasa
bersedia atau sentiasa siap siaga. Oleh itu, seorang
isteri tidak akan mampu melayan kehendak suaminya sepanjang
masa. Isteri perlu bertolak ansur dan membenarkan suaminya
mempunyai isteri-isteri yang lain terutama kalau suaminya
jenis yang berkeinginan tinggi.
 
Lelaki juga, sifat semula jadinya mudah jemu. Ibarat
makanan, kalau setiap hari dihidangkan gulai asam pedas,
lama-lama dia akan hilang selera walaupun asam pedas itu
sedap. Kalau gulai asam pedas itu digilirkan dan diselang
seli dengan masak lemak cili api, kari atau gulai tempoyak,
maka seleranya terhadap gulai asam pedas akan kekal sampai
bila-bila. Selang beberapa hari, dia akan berselera untuk
makan gulai asam pedas semula.
 
Ada peribahasa Inggeris yang berbunyi 
"Variety is the spice
of life"
.

Poligami ialah satu jalan untuk mengekalkan kasih sayang
antara suami isteri. Belum hilang rindu pada seseorang
isteri, sudah terpaksa ditinggalkan untuk giliran isteri
yang lain. Dengan demikian, si suami sentiasa dalam keadaan
merindui isteri-isterinya. Isteri-isterinya sama juga.
Tidak sempat untuk jemu, tidak sempat untuk bosan. Jadi
tidak ada ruang untuk pergaduhan dan bermasam-masam muka.
Salah sedikit-sedikit mudah sahaja dimaafkan.
 
Bagi para isteri, melayan suami meletihkan. Kalau suami
ada di rumah, isteri terpaksa memberi tumpuan pada suami.
Tidak banyak masa terluang untuk membuat perkara-perkara
yang diminati atau yang boleh dijadikan hobi seperti
menjahit ke, crochet ke, menanam orkid ke, buat parti
‘tupperware’ ke dan sebagainya. Tambahan lagi, kalau suami
sentiasa ada di rumah, lama-kelamaan layanan akan jadi
hambar. Sampai satu ketika, masing-masing akan buat hal
masing-masing.
 
Dalam poligami, ada giliran. Kalau waktu giliran, isteri
boleh memberi segala tumpuan untuk melayan suaminya kerana
itulah masa pun untuk bersama. Semasa bukan giliran,
isteri boleh buat kerja-kerja lain yang dia suka. Maka
fikiran dan aktiviti isteri boleh terbuka luas dan tidak
jadi terkongkong dan jumud seperti isteri yang tidak
bermadu.
 
Inilah juga peluang untuk isteri yang bermadu berkecimpung
di dalam masyarakat, untuk membuat khidmat-khidmat
masyarakat dan membina serta membangun masyarakat khususnya
dalam hal ehwal dan kebajikan wanita dan kanak-kanak. Ini
kerana di kalangan para isteri, ada yang layak dan
berkemampuan untuk memimpin dan menggerakkan
pertubuhan-pertubuhan wanita.
 
Kalau semua masa diperlukan untuk melayan suami
semata-mata, masyarakat akan rugi. Sukar bagi isteri yang
tidak bermadu hendak berkecimpung dalam masyarakat kerana
dia terpaksa melayan suami. Kalau tidak suami akan terabai.
 
Kalau ramai isteri-isteri yang bermadu, maka ramailah
tenaga wanita yang ada untuk menggerakkan
pertubuhan-pertubuhan wanita dan memajukan kaum wanita
dalam bidang ekonomi dan kemasyarakatan. Biar isteri yang
mempunyai giliran sahaja yang melayan suami. Yang tidak
mempunyai giliran boleh bergerak dan berkhidmat dalam
masyarakat. Masyarakat akan untung. Kaum wanita akan
untung.
 
Wanita Barat sibuk dengan ‘Women’s Liberation’ tetapi apa
pun tidak berlaku. Tidak ada hasil. Bising sahaja. Biar
wanita Islam sibuk melagangkan poligami dan pada waktu yang
sama, kaum wanita Islam membina, membangun dan berkemajuan.
 
Sebenarnya kalau kita dapat fikirkan dengan waras, kita
akan berterima kasih kepada orang lelaki yang mahu
berpoligami. Kerana bila seorang lelaki berkahwin, dia
hanya selesai satu masalah tetapi dalam masa yang sama
dia menempuh 99 masalah. Bagi orang perempuan pula, bila
dia berkahwin, dia selesai 99 masalah dan menempuh satu
masalah sahaja. Jadi kalau ada lelaki mahu berkahwin,
ertinya dia itu berani kerana dia sanggup menempuh
99 masalah. Lebih-lebihlah lagi yang mampu kahwin lebih,
2,3 atau 4. Maknanya akan timbul 99 x 4 masalah.

Lelaki yang hendak berpoligami ini
haruslah seorang yang berani, tahan lasak
dan sanggup
menanggung risiko
 
Poligami sebenarnya adalah satu perjuangan. Melalui
poligami ini kita dapat membangunkan berbagai kekuatan.
Poligami ini mendidik kita setiap hari. Melalui poligami,
tiap saat kita terdidik, sebab kita terpaksa berhadapan
dengan kerenah para isteri,berhadapan dengan tanggungjawab
dan sebagainya.
 
Maknanya 24 jam kita terdidik. Hendak tidur pun kita kena
tepati tempat dan masa. Berbeza kalau ada seorang isteri.
Hendak balik ke rumah atau tidak,hendak tidur di rumah
atau tidak, ia terpulang pada suami. Tetapi bila
berpoligami, suami sudah tidak bebas lagi.

Giliran pada isteri-isteri wajib dipenuhi
 
Poligami sebenarnya adalah satu proses tarbiah yang cukup
hebat. Dari poligami akan timbul kekuatan-kekuatan lain.
Melalui poligami akan tumbuh sifat-sifat baru pada diri
kita yang boleh menguatkan kita.
 
Antaranya ialah sifat sabar. Poligami menjadi tempat
latihan bersabar menghadapi bermacam-macam kerenah isteri.
Suami akan terlatih bagaimana hendak bersaikologi,
berstrategi dan lain-lain.
 
Ini merupakan pengalaman dan pendidikan yang boleh
membantu kita menjadi mantap dari segi mental dan
spiritual. Hati dan perasaan kita akan tercanai sehingga
benar-benar dapat membangunkan insaniah kita.

Seolah-olahnya poligami ini adalah riadhah (latihan) hidup
bagi akal, fizikal,hati dan nafsu kita.
 
Kita akan jadi pandai menyusun hidup dan memaksimumkan
penggunaan masa,kewangan dan sebagainya di antara
isteri-isteri dan anak-anak kita. Kita akan pandai
mengambil hati para isteri dan melayan kehendak fizikal,
emosi dan rohani mereka kerana itulah perkara yang akan
memberi kepuasan kepada mereka yang kadang-kadang kita
abaikan ketika kita beristeri satu.
Kita hanya "take for granted".
 
Kita akan sentiasa berusaha untuk berlaku adil dan sifat
memaksa diri supaya sentiasa berlaku adil dan tekanan
atau tuntutan untuk sentiasa berlaku adil itu sangat
berkesan untuk menjadikan kita orang yang adil atau
sekurang-kurangnya orang yang berfikiran dan berperasaan
adil kerana tuntutan berlaku adil itu sentiasa bermain di
dalam fikiran dan hati kita.
 
Kita bertambah sensitif dan peka terhadap
keperluan dan
perasaan isteri-isteri kita


Ini boleh menjadikan kita orang yang sensitif dan peka
terhadap keperluan dan perasaan orang-orang lain. Kita
akan jadi orang yang lebih mementingkan orang lain daripada
diri sendiri.
 
Dalam keadaan berpoligami, kita akan belajar berfikir
habis-habis sebelum kita memperkatakan sesuatu,lebih-lebih
lagi sebelum kita berbuat sesuatu. Ini kerana risiko
bertindak secara semberono dan melulu mempunyai kesan yang
lebih berat di dalam poligami daripada di luar poligami.
Banyak hati-hati yang akan tersentuh atau terluka. Dalam
monogami, kesilapan, kekasaran dan tindakan yang melulu
lebih mudah boleh diterima atau diambil ringan.
 
Dalam mendidik isteri yang ramai dan supaya mereka lebih
mudah menerima didikan kita, kita perlu jadi contoh dan
kita perlu serius dengan Tuhan dan hukum-hakam agama.
Barulah kita ada wibawa dan isteri-isteri kita mudah
patuh dan akur akan kepimpinan kita kerana kita sama-sama
ingin menuju kepada keredhaan Tuhan.

Disiplin perlu dalam berpoligami
Tidak ada ruang dalam poligami bagi suami yang ingkar
dengan perintah Tuhan dan yang meringankan agama kerana
tidak ada isteri yang akan hormat dan akan memberi
ketaatan kepadanya. Begitu juga cara hidup yang
berperaturan dan berjadual. Poligami mendidik kita supaya
berdisiplin dan berperaturan.
 
Juga dalam menghadapi masalah dan tanggungjawab
berpoligami yang lebih berat, suami akan banyak meminta
tolong dan bergantung harap dengan Tuhan. Inilah satu
sifat yang Allah sangat suka. Hati suami akan banyak
mengadu, meminta bantuan dan merintih dengan Tuhan.
 
Suami akan banyak mengingat Tuhan. Perkara ini juga
berlaku kepada para isteri.Dalam hendak memujuk-mujuk hati
dan mendidik perasaan, isteri akan juga banyak mengadu dan
merintih dengan Tuhan.

Berbahagialah para suami dan isteri yang
hati mereka sentiasa bersama Tuhan.
 
Barulah kita nampak bahawa poligami sebenarnya amat baik
dan sangat penting. Kalau tidak, tentulah ia tidak menjadi
`dakbus solihin’ atau tradisi para nabi dan rasul,
wali-wali dan orang-orang soleh zaman dahulu.

Sudah pasti ada sesuatu yang besar dalam
poligami.
 
Walaupun poligami ini telah disingkirkan oleh umat Islam
bahkan dicemuhkan, ia sebenarnya mencetuskan berbagai
kekuatan. Bukan sahaja bagi pihak suami bahkan isteri
juga mendapat manfaat yang banyak dari poligami. Walaupun
mereka terpaksa mengurut-urut dada, memujuk-mujuk hati
dan terpaksa korban perasaan, mereka juga akan mendapat
berbagai kekuatan dalam menempuh ujian hidup berpoligami
dan bermadu.
 
Bagi isteri-isteri yang monogami, hidup mereka banyak
berlegar di sekitar suami mereka sahaja.

Apa-apa pun "husband I". " Husband I " inilah.
" Husband I " itulah. ‘Husband’ mereka sudah jadi matlamat,
bukan lagi alat untuk menuju kepada Tuhan.
 
Bukan mudah untuk mengubah sikap dan pegangan ini. Suami 
mereka lebih banyak di hati mereka dari Tuhan sendiri.
Apa-apa pun suami, bukan Tuhan. Poligamilah ubat yang
paling mujarab bagi penyakit ini. Apabila sudah bermadu,
mereka akan sedar bahawa suami mereka bukan hak mereka
seorang. Dia sudah ada isteri-isteri yang lain. Ketika itu
hati mereka akan berhijrah daripada suami kepada Tuhan,
tempat mereka merintih, mengadu dan memohon kasih sayang.
 
Kita tidak akan tahu atau nampak cacat hati,
sifat mazmumah dan penyakit jiwa yang ada pada seorang
isteri ketika dia seorang. Kita sangka dia sudah baik.
Bahayanya, dia akan mati membawa penyakit-penyakit tersebut
kalau ianya tidak dibongkar dan diubati. Sifat-sifat
mazmumah itu ialah dosa-dosa batin. Isteri itu sendiri
tidak akan bertaubat dari dosa-dosa tersebut kerana dia
pun tidak tahu dan tidak sedar.
 
Poligami ialah pembongkar segala sifat-sifat
mazmumah para isteri
 
Semasa bermadu, akan timbul sifat tidak redha, tidak sabar,
tidak bertolak ansur, derhaka kepada suami, maki hamun,
hasad dengki, tamak haloba, rebut harta, mengamuk dan
lain-lain yang kita sangka tidak ada semasa sebelum
berpoligami.
 
Semasa berpoligamilah peluang untuk membongkar dan
mengubati penyakit-penyakit tersebut sehingga isteri
menjadi seorang isteri yang benar-benar solehah.

Isteri yang baik dalam monogami belum tentu baik.
Isteri yang
baik dalam poligami ialah isteri yang telah
terbukti
kebaikannya.

Isteri yang sayangkan suaminya dalam monogami
mungkin sayangkan suaminya kerana suaminya. Tetapi isteri
yang sayangkan suaminya dalam poligami menyayangi suaminya
kerana Allah SWT.


Elok kita faham beza lelaki dan wanita.

Lelaki pelik, dia boleh sayang ramai wanita serentak.
Wanita tak boleh.

Tapi tak pelik, kerana ia macam ibu dan bapa yang dah ada
anak sorang, mahu
pula anak kedua, kemudian ketiga. Tak
bermakna dengan anak kedua, anak
pertama tak lagi disayang.
atau kasih sayang anak pertama akan dibahagi

separuh kepada anak kedua. Ibu dan bapa boleh menyayangi
anak pertama
seperti dulu walaupun dah ada anak kedua.
Yang terpaksa dikongsi ialah
perhatian.
Bukan kasih sayang.


Tak semestinya lelaki bila dia
kahwin lagi, dia dah tak sayang
yang lama.


Sumber : Blog Soal Jawab Agama.

Tuesday, October 14, 2008

mase aku test IQ aku dgn soklan2 nih... rupe2nyer aku nih kategori RENDAH IQ lagih...

korang camne..?



Teka-teki:
Hitam dan berpeluh..HA. . Ape2??


Jawapan :
Semut hitam tengah berjogging..huhuhu


Teka-teki :
Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung..



Jawapan :
Seluar dalam ler..haha


Teka-teki :
Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu
yang paling tinggi?



Jawapan :
Kuih lepat liat la...sebab kapal terbang sampai langit je, tp kuih
lepat sampai lelangit.


Teka-teki :

Byk2 kotak, kotak ape yg x leh angkat?



Jawapan :
Kotak penaltilah.. ... wawawa!


Teka-teki :
Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar ???
Teka..teka.. kalo terer!



Jawapan :
Selipar maner boley buat gali tanah,gune cangkol lar....huehue. ..hue!!


Teka-teki :
3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?



Jawapan :
Koboi naik kuda bawak sekor ayam.


Teka-teki :
Masa dia hidup kite menyanyi, masa dia mati kite tepuk tangan pulak...



Jawapan :
Lilin masa sambut 'EPI BESDAY'


Teka-teki :
Scorpion kaler apa?



Jawapan :
Kala jengking lah..senang pun takleh nak jawab!


Teka-teki :
Dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???



Jawapan :
Kerani


Teka-teki :
Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan
dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???



Jawapan :
Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!


Teka-teki :
4 org awek cun berpayung dgn satu payung tp nape tak basah langsung??



Jawapan :
Sebab tak hujan...aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi...soalan
bebudak pun takleh nak jawab!! Hampeh..

**************************************************************************

 
Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia