Wednesday, July 14, 2010

KATAKU

“Menipu perkara yang mudah
Mengatakan kebenaran paling sukar
Haiwan juga mampu menipu
Tetapi kebolehan mengatakan kebenaran satunya membezakan antara manusia dan haiwan”

- Shay Khan

Wednesday, July 7, 2010

TIPU



Aku bukan menipu kerana aku seorang penipu
Aku perlu menipu kerana aku terpaksa memilih
Jangan kau anggap jika kebenaran aku ungkapkan
Kau akan menerima kejujuran aku
Percayalah kebenaran lebih parah dari penipuan itu
Pilihan aku bukan bermaksub yang tersisih itu kalah
Tapi yang terpilih itu kerana aku perlu memilih
Satu yang pasti keduanya adalah pilihan yang terbaik

Aku bersalah kerana menipu
Lebih bersalah jika tidak menipu
Inilah yang dikatakan menipu pada tempatnya

Monday, July 5, 2010

CACATan aku...



Muktahir ini terlelalu banyak isu dan permasalahan yang sangat berat menimpa umat akhir zaman. Aku bukan nak jadi kolumunis atau pengulas macam sorang sasterawan negara tu. Aku sekadar merangsang akson agar mencetuskan isyarat desakan pada neuron dalam central processing unit aku yang tak seberape hebat ni.
Dua bulan lepas aku de jumpe member lame kat Taman Melati, Wangsa Maju. Member aku ni memang ligat cari duit dan pandai buat bisnes. Sementara kami minum kat coffea house condo (tanpa 'M') dia, banyak lah topik yang telah kami porak perandakan sambil member aku dok ushar awek pelayan situ yang baeekkk punyer. Maklum la member aku ni bujang tengah gatal. Hahahaha…
Tetiba jer member aku citer fasal bisnes. Panjang lebar dia citer perihal plan dan target. Pastu dia mintak pandangan aku. Macam la aku ni hebat sangat. Tapi aku memang berminat ngan bisnes, cume takde mase nk fokus... yeletu.. huhuhuhu…
Mule-mule dia tanye pendapat aku tentang perniagaan emas. Dia kate nak jual emas atau aku kire “peraih emas” la tu maksub dia. Bleh tahan jugak member aku nih... banyak sangat ker modal mamat nih.. tapi aku xde la soal dia fasal modal tu.. aku cume kate dalam hati jer... aku cakap kat dia.. kalu hang nak jd tauke emas.. hang kene sedar satu perkara… Tauke emas dan Tauke dadah mempunyai 2 persamaan yang ketara.. 1 hang insyaALLAH akan cepat kaye… 2 hang akan diburu siang dan malam macam seven-eleven… kalu tauke dadah, polis buru dan possiblity kene tembak tinggi… tapi kalu hang plak, penjenayah akan buru dan sanggup bunuh hang… cemas gak dia.. hahahaha… tapi kalu nak buat gak.. xpe.. sebab hang dah sedar risiko dia..
Pastu kami bincang lak fasal investment.. dia cadang nak follow satu plan yang direka oleh seorang pakar kewangan malaysia… mamat tu de lesen CFP ( Certificate of Financial Planing )… aku akui plan mamat nih mmg power gile.. aku penah pegi seminar plan dia.. tapi aku de beberape perkara yg aku kurang setuju… tak payah lah aku citer kat sini… nanti masuk pasir lak dalam periuk nasi dia…
Sekali lagi member aku mintak pendapat.. adoiya.. aku ni dah bleh mintak charge nih…huhuhuhu..
So aku mintak dia pikir dalam-dalam.. sebab ia melibatkan interest atau senang citer “riba”... dan termasuk sekali tempat yang akan dilaburkan itu merupa satu institusi yang kurang sensitif akan “halal-haram” pelaburan... walaupon institusi ni merupekan satu pelaburan yang sangat diminati rakyat malaysia... diuruskan oleh orang Islam sendiri... namun jelas sebahagian modal telah dilaburkan pada tempat yang HARAM... de negeri mefatwakan ia “haram” dan de gak “harus”... tapi xde satu pon negeri yang mefatwakan ia “halal”.... hahahaha kat situ pon dah jelas keraguannyer... perlu diingat, jika “harus” fatwanyer... maka berhati-hati lah... setakat aku tahu, panel-panel yg memberi fatwa “harus” itu telah memberi syarat kepada institusi tersebut agar mengeluarkan modal dari tempat yang haram ASAP... dan mengapa “harus” adalah kerane, jika ia di”haram”kan.. maka porak peranda lah masyarakat Islam di malaysia... sebab terlelalu ramai yang telah melabur dalam pelaburan ini... wallahu’alam...
Then member aku cakap... oklah tu... “harus’ per… bukan “haram”… aku bagitau kat dia.. yelah… tapi syarat mengeluarkan modal dari tempat haram tuh dah dikeluarkan lebih 10 tahun… sampai sekarang institusi tu blum mengeluarkan lagi… makne nyer diaorg mmg xde perancangan untuk memenuhi syariat Islam…
Member aku tu pon cube menasihati aku plak… dia mintak aku jangan buat sakit kepala memikirkan terlalu dalam… “dah de fatwa, ikut je la.. pepehal diaorg tanggung la…” katenyer… “ISLAM tu mudah, jangan kite payahkan”... hahhaha... yg ni aku setuju.. “pepehal ulama yg bagi fatwa tu la tanggung…” tambahnye lagi... malangnyer aku kurang setuju ngan isi penambahan last minute tu.. tp aku mengelak untuk didebatkan sbb member aku ni agak obses ngan bende tu.. kan nnt xtegur sape lak… dh jd lain kemudaratannye… esok masih de…
Borak punye borak sampai aku pon dah terlewat nak balik rumah... jam dah hampir ke pukul org kije ofis balik kije… nanti jem teruk KL… lebih baik aku gerak dulu…
Tapi sebelum aku balik... aku de bagi satu persoalan kat member aku... moga-moga dia dapat sesuatu yang bleh dimanfaatkan...
Masyarakat Islam sanggup belajar bab-bab ekonomi, perniagaan, pelaburan dan kewangan sampai ke ijazah malah ke peringkat PhD di universiti... bagi mereka ini, selok belok kewangan sangat senang difahami... undang-undang perniagaan, yg ni boleh yg ni tak boleh semua diaorg tahu... tapi apabila datang Islam mengatakan ini haram, ini halal mereka semua marah... mereka mentafsirkan jika ikut cara betul Islam, kite tak akan maju... sedangkan mereka Islam.. katenyer, Islam ini mudah.. jangan kite sukarkannyer...
Oleh itu aku campak soalan untuk kawan aku itu yg aku kire orang bijak berfikir...
Pernahkah kite belajar “muamalat” dalam Islam..?
Kalu belum pernah... macamane seseorg itu bleh mengatakan ekonomi Islam tidak maju...?
Dan tanpa belajar, seseorg itu bleh mengatakan muamalat dalam Islam itu mudah... bagaimana dia tahu sedangkan halal haram dalam Islam pon tak tau...?

p/s : wajib keatas muslim dan muslimah mempelajari ilmu muamalat Islam jika mereka terlibat dalam muamalat.
 
Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia